Laman web kerajaan berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kerajaan Digital

calendar 17 September 2026time 1:34 PG
Home
Hero

Timbalan Gabenor Wilayah Makkah Al-Mukarramah: “Tiada haji tanpa permit dan undang-undang akan dilaksanakan dengan ketat"

Yang Amat Mulia Putera Saud bin Mishal bin Abdulaziz, Timbalan Gabenor Wilayah Makkah Al-Mukarramah dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Haji Pusat menegaskan bahawa tiada haji tanpa permit dan undang-undang akan dilaksanakan dengan tegas terhadap mana-mana pelanggaran undang-undang. Ini ditegaskan semasa Putera Saud, bagi pihak Yang Amat Mulia Putera Khalid bin Faisal bin Abdulaziz, Penasihat Penjaga Dua Masjid Suci, Gabenor Wilayah Makkah dan Pengerusi Jawatankuasa Haji Pusat di ibu pejabatnya di Jeddah, melancarkan kempen “Hajj is Worship and Civilized Behavior” siri keenam belas, di bawah slogan “Tiada Haji tanpa Permit” di hadapan sejumlah menteri, pimpinan dan pegawai-pegawai pihak berkuasa berkenaan. Putera Saud menegaskan bahawa pelancaran kempen "Hajj is Worship and Civilized Behavior" di bawah slogan "Tiada Haji tanpa Permit" siri keenam belas ini mengesahkan apa yang telah dicapai sejak beberapa tahun lalu dalam mencegah jemaah-jemaah yang melanggar peraturan dengan cuba melakukan haji tanpa permit. Kempen itu juga menyumbang kepada mengurangkan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang dan  membanteras agensi-agensi palsu yang semuanya memberi kesan dalam mengurangkan bilangan jemaah haji tidak sah, membantu pihak berkuasa menambahbaik perkhidmatan yang diberikan kepada jemaah serta mencipta suasana keimanan agar jemaah dapat menunaikan rukun Islam kelima dengan selesa dan tenang Putera Saud bin Mishal juga menyeru semua sektor yang terlibat dalam ibadah haji untuk meningkatkan tahap penyelarasan dan kesediaan untuk menerima dan melayan tetamu Allah sambil mengharapkan ganjaranNya di samping melaksanakan arahan dan harapan barisan kepimpinan. Beliau juga menegaskan keperluan melaksanakan peraturan dan tidak berlembut dengan pelanggar peraturan demi mencapai haji yang selamat dan cemerlang dengan izin Allah Berkenaan dengan pengeluaran kenyataan dan fatwa syarak tentang pengharaman mengerjakan haji tanpa mendapat permit, Yang Amat Mulia memuji kenyataan Majlis Ulama Arab Saudi atas pengesahan mereka berkaitan tidak boleh menunaikan haji tanpa permit. Ini sambil mengulas bahawa fatwa ini mengambil kira kesucian Mashair dan ibadah haji dan ianya datang untuk membolehkan umat Islam menunaikan rukun Islam kelima dalam keadaan aman, tenteram dan mudah

Kongsi berita

Kategori

Umum

Tarikh penerbitan

13 Mei 2024

icon

Kuki

Laman web ini menggunakan kuki sendiri untuk memastikan kemudahan penggunaan dan meningkatkan pengalaman pelayaran anda. Dengan meneruskan pelayaran di laman ini, anda mengakui dan menerima penggunaan kuki.
Dasar Privasi