Yang Berhormat Menteri Haji dan Umrah, Dr. Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah, mengucapkan tahniah kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, dan Duli Yang Amat Mulia Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, Putera Mahkota dan Perdana Menteri sempena kejayaan musim haji 1445 Hijrah ini. Al-Rabiah berkata: Saya berbesar hati untuk mengucapkan tahniah kepada barisan pemerintah, dari pihak saya dan semua petugas dalam sektor Haji dan Umrah, atas kejayaan musim haji tahun ini. Syukur kepada Allah dan terima kasih kepada barisan pemerintah atas bimbingan, sokongan tanpa henti yang diberikan demi keselesaan dan perkhidmatan tetamu Allah, serta pemantauan yang teliti terhadap segala yang mencipta keselesaan dan keselamatan buat tetamu Allah. Tambah beliau: Dengan rahmat Allah kemudian sokongan pemerintah, kami akan terus berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik yang tidak pernah dilakukan sebelum ini buat tetamu Allah di bawah gagasan Wawasan Saudi 2030. Kami berdoa kepada Allah supaya Allah memelihara negara ini dan kekal memberinya keamanan dan keselamatan, serta memberi Penjaga Dua Masjid Suci dan Putera Mahkota sebaik-baik ganjaran atas perkhidmatan yang mereka berikan kepada Rumah SuciNya.
Kongsi berita
Kategori
Umum
Tarikh penerbitan
20 Jun 2024
