Pengenalan
Kementerian Haji dan Umrah agensi kerajaan yang bekerja untuk memudahkan prosedur menunaikan ibadah haji dan umrah melalui integrasi dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta, demi memberikan perkhidmatan terbaik dan paling moden yang mencerminkan usaha Kerajaan Arab Saudi untuk berkhidmat kepada tetamu Allah.
Untuk mengatur gerak kerja dan menyediakan perkhidmatan kepada pengguna, Kementerian Haji dan Umrah (Kementerian atau kami) akan memproses maklumat yang mengenal pasti individu berkaitan (data peribadi) secara langsung atau tidak langsung, termasuk maklumat berkaitan pengguna semasa dan bekas pengguna (pengguna atau anda) mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi yang berkuat kuasa di Arab Saudi.
Kementerian memandang serius privasi anda dan Dasar Privasi (dasar) ini mengandungi maklumat untuk membantu anda memahami:
- Bagaimana Kementerian mengumpul, menggunakan dan menyimpan data peribadi dan butiran pengenalan anda (sama ada kad warganegara, kad penduduk atau pasport).
- Mengapa Kementerian memproses data peribadi anda.
- Asas perundangan untuk pemprosesan data peribadi anda.
- Hak anda berkaitan pemprosesan data peribadi anda dan cara menggunakannya.
Selain itu, dasar ini juga menerangkan pelbagai langkah yang diambil oleh Kementerian untuk melindungi data peribadi anda dan mengehadkan risiko penggunaan atau pendedahan tanpa kebenaran.
Tarikh kemas kini terakhir: Dasar ini kali terakhir dikemas kini pada Januari 2025 dan mungkin tertakluk pada kemas kini selanjutnya dari semasa ke semasa.
Apakah jenis data peribadi yang dikumpul dan bagaimana ia diproses?
Apakah jenis data peribadi yang dikumpul dan bagaimana ia diproses?
- Data pengenalan peribadi seperti nama, tarikh lahir, jantina, warganegara dan butiran identiti (sama ada kad warganegara, kad penduduk atau pasport).
- Maklumat perhubungan anda seperti nombor telefon, e-mel, faks dan alamat.
- Aktiviti digital seperti aktiviti akaun (termasuk tarikh dan waktu akses, nama fail yang diakses, peranti, aplikasi akses atau pelayar web, bahasa pelayar, domain permintaan, alamat IP dan penggunaan anda terhadap laman web dan perkhidmatan kami, termasuk transaksi elektronik melalui pelbagai saluran seperti e-mel dan aplikasi mudah alih.
- Rekod komunikasi seperti rekod panggilan telefon antara anda dan Kementerian, iaitu secara spesifiknya nombor telefon pengguna, waktu dan tarikh panggilan, tempoh panggilan, serta rekod mesej dan e-mel.
- Pengenal dalaman khusus buat anda seperti nombor pengenalan pengguna dan pengenal-pengenal lain yang digunakan untuk tujuan penyimpanan rekod.
Cara memproses data peribadi yang dikumpul secara langsung atau tidak langsung adalah seperti berikut:
- Data peribadi dikumpul untuk tujuan khusus, eksplisit dan jelas, dan Kementerian Haji dan Umrah tidak memproses data peribadi untuk sebarang perkara yang tidak selaras dengan tujuan-tujuan tersebut kecuali dalam beberapa keadaan.
- Menggunakan data peribadi hanya untuk tujuan ia dikumpul. Kementerian Haji dan Umrah bertanggungjawab untuk memaklumkan pengguna jika ia ingin menggunakan data peribadi untuk tujuan yang tidak berkaitan dan menjelaskan asas perundangan yang membolehkan Kementerian berbuat demikian.
- Data peribadi digunakan untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna selaras dengan kepentingan yang sah, serta untuk membolehkan Kementerian mematuhi semua kewajipan perundangannya.
Apakah tujuan pengumpulan data peribadi anda?
Tujuan pengumpulan dan pemprosesan data peribadi
- Keberkesanan dan penambahbaikan laman web: Menganalisis prestasi laman web, memantau interaksi pengguna dan menambah baik fungsi demi untuk menaik taraf pengalaman pengguna. Ini termasuk mengumpul alamat (IP) yang digunakan untuk menyambungkan peranti ke Internet, data log masuk dan data berkaitan lawatan anda.
- Ketersediaan data: Menyediakan akses kepada set data dan maklumat bagi mereka yang berminat untuk memanfaatkan data yang dihasilkan oleh Kementerian melalui saluran rasmi. Ini membolehkan Kementerian menyediakan laporan statistik dan mengemukakankannya apabila diperlukan.
- Komunikasi: Mengurus dan menjawab pertanyaan atau permohonan anda semasa berkomunikasi dengan Kementerian melalui saluran perkhidmatan pengguna. Ini termasuk mengesahkan identiti anda, menyelesaikan kebimbangan anda dan menyimpan rekod surat-menyurat untuk tujuan jaminan kualiti dan pematuhan.
- Researchers Award untuk Perkhidmatan Tetamu Allah: Menguruskan pendaftaran anugerah (dengan cara mengumpul data peribadi peserta), menilai penyertaan, mengesahkan kriteria kelayakan, menghubungi peserta dan memudahkan proses pemilihan dan penganugerahan mengikut objektif dan kriteria anugerah.
Kesan tidak melengkapkan proses pengumpulan data peribadi
justifikasi perundangan
Justifikasi perundangan untuk pemprosesan data
Kami akan mengumpul dan menggunakan data peribadi anda hanya berdasarkan Akta Perlindungan Data Peribadi serta peraturan pelaksanaannya (bersama-sama dirujuk sebagai PDPL), Pejabat Pengurusan Data Kebangsaan - Perlindungan Data Peribadi (NDMO - PDP) dan sebarang peraturan atau akta lain yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Sehubungan itu, justifikasi perundangan untuk pemprosesan data peribadi anda adalah:
Justifikasi perundangan untuk pemprosesan data peribadi anda adalah
- Pematuhan terhadap kewajipan undang-undang dan kawal selia: Untuk mematuhi sebarang kewajipan atau keperluan undang-undang yang dikenakan oleh pihak berkuasa, termasuk untuk tujuan pemeriksaan untuk memastikan pematuhan undang-undang serta pendedahan kepada pihak berkuasa.
- Persetujuan: Dalam keadaan tertentu, kami mungkin memproses data anda dengan persetujuan anda terlebih dahulu. Sebagai contoh, jika dikehendaki oleh undang-undang atau dengan kebenaran eksplisit anda, terutamanya untuk data sensitif seperti yang ditetapkan dalam Peraturan Perlindungan Data Peribadi.
- Kepentingan yang dicapai: Dalam kes-kes tertentu, di mana adalah perlu untuk melaksanakan sesuatu tugas untuk kepentingan sebenar (sama ada moral atau material) untuk pemilik data, dan komunikasi langsung dengan pemilik data adalah mustahil atau amat sukar.
- Kepentingan sah: Jika pemprosesan adalah perlu untuk mencapai kepentingan sah Kementerian tanpa menjejaskan mana-mana hak atau kepentingan anda, setakat mana data peribadi tersebut diperlukan untuk tujuannya diproses, tidak termasuk data sensitif.
Contoh kepentingan yang sah
Contoh kepentingan yang sah termasuk perkara berikut, dengan syarat ia tidak bercanggah dengan mana-mana hak anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi:
- Meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan kami serta pengalaman anda di laman web kami dan memahami keperluan anda sebagai pengguna dan kelayakan anda kepada perkhidmatan.
- Menerima dan memproses aduan, permohonan atau laporan daripada anda atau pihak ketiga.
- Menjaga keselamatan maklumat dan rangkaian kami. Kami mungkin memproses data peribadi anda untuk memantau dan mengenal pasti risiko keselamatan, menghalang akses tanpa kebenaran kepada sistem kami dan memastikan integriti dan kerahsiaan maklumat anda serta perkhidmatan kami.
- Bekerjasama dengan sebarang permohonan yang dibuat dalam mana-mana prosiding atau siasatan sebenar atau berpotensi oleh pihak awam atau kehakiman dan memberikan bukti dan sokongan berkaitan dengan prosedur litigasi.
Siapa yang mempunyai akses kepada data peribadi anda dan dengan siapa ia dikongsi?
Penyedia Perkhidmatan
Badan kawal selia dan kehakiman
Pemindahan data ke luar negara
Bagaimana kami melindungi data peribadi anda?
Kementerian juga telah melaksanakan langkah-langkah teknikal dan organisasi untuk melindungi data peribadi anda daripada kerosakan, kehilangan, penyalahgunaan, kebocoran, akses tanpa kebenaran, tanpa sengaja atau menyalahi undang-undang serta semua bentuk pemprosesan yang menyalahi undang-undang.
Hak anda berkaitan pemprosesan data peribadi dan tempoh penyimpanannya
Berapa lama data peribadi anda disimpan?
- Sepanjang hubungan kami dengan anda.
- Selagi mana ia diperlukan untuk mencapai tujuan pengumpulannya. Walau bagaimanapun, Kementerian boleh menyimpan data tersebut selepas tamat tujuan pengumpulannya jika semua yang membawa kepada mengenal pasti pemiliknya secara khusus telah dihapuskan mengikut peraturan yang ditetapkan.
- Jika anda ingin menghapuskan data peribadi anda daripada pangkalan data kami, anda boleh membuat permohonan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 11 (Untuk Maklumat Lanjut), di mana kami akan menyemak dan membalasnya dalam tempoh maksimum (30) hari. Tempoh ini boleh dilanjutkan jika pelaksanaan permohonan memerlukan kerja tambahan atau jika Kementerian menerima beberapa permohonan daripada anda. Pelanjutan tidak akan melebihi (30) hari dan kami akan melaksanakan dasar terdahulu sekiranya berlaku pelanjutan di samping memberikan sebab pelanjutan.
Hak anda berkaitan pemprosesan data peribadi anda Hak anda
- Mengetahui dengan jelas mengenai aktiviti pemprosesan data anda, termasuk pengumpulan data peribadi anda, tujuan pengumpulannya, pihak yang akan didedahkan data anda serta status mereka, adakah ia akan dipindahkan atau didedahkan, serta kesan tidak melengkapkan proses pengumpulan.
- Memohon akses kepada data peribadi yang diproses
- Mendapatkan data peribadi yang diproses
- Memohon pembetulan data peribadi anda dari semasa ke semasa. Jika anda percaya bahawa sebarang data peribadi anda yang disimpan adalah tidak betul atau tidak lengkap, anda boleh memohon pembetulan data peribadi anda dilakukan
- Memohon penghapusan data peribadi anda selagi tidak bertentangan dengan keperluan penyimpanan berkanun atau keperluan kehakiman.
- Menarik balik persetujuan anda untuk memproses data peribadi jika Kementerian sebelum ini telah memperoleh persetujuan sedemikian (tanpa menjejaskan sebarang pemprosesan yang berlaku sebelum persetujuan ditarik balik mengikut perspektif undang-undang), selagi tidak bertentangan dengan keperluan penyimpanan berkanun atau keperluan kehakiman.
- Kementerian akan berusaha untuk memenuhi permohonan anda mengikut peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa hak ini tidak mutlak dan mempunyai beberapa pengecualian. Apabila kami menerima sebarang permohonan, kami biasanya akan meminta anda beberapa data untuk mengesahkan identiti dan kelayakan anda. Kami juga mungkin akan memohon beberapa maklumat tambahan untuk memahami permohonan anda dengan lebih baik. Jika kami tidak dapat memenuhi permohonan anda, kami akan menerangkan kepada anda sebabnya.
